Friday 21 December 2012

Cyclining Training Padeling Technique


Vect Semarang Ride

VECT SEMARANG RIDE 2012 merupakan penganjuran program berbasikal kali kedua oleh kelab berbasikal VECT yang berpangkalan di Parit Raja dan Dun Semarang. VECT SEMARANG RIDE 2012 diharapkan dapat memuaskan hati semua rider dengan laluan yang menarik dan boleh dikayuh. Atas pengalaman berjamboree, kami sedaya upaya membawa satu pengalaman yang tentunya sukar dilupakan bila anda menyertai VECT SEMARANG RIDE 2012. Malah anda mungkin antara yang bertuah bila membawa balik hadiah cabutan bertuah bernilai daripada RM 10 000. 

Vect Semarang Ride

Wednesday 3 October 2012

KAYUHAN KEMPEN KESEDARAN JENAYAH BERSAMA BELIA.





Kelab Berbasikal KBC selaku pengelola bersama , IPD Kulaijaya dengan kerjasama MCPF Negeri Johor akan mengadakan satu program Kempen Kesedaran Jenayah Bersama Belia peringkat Daerah Kulaijaya dengan acara kayuhan berbasikal.

Program yang dipengerusikan oleh Supt. Tuan Zulkefly bin Hj. Yahya - Ketua Polis Daerah Kulaijaya akan akan dilepas rasmikan oleh YDH Dato DCP Mohd Mokhtar bin Hj.Mohd Shariff-Ketua Polis Johor.

Untuk itu semua peminat-peminat basikal dan kelab-kelab adalah di jemput hadir untuk memberi sokongan akan
program kesedaran jenayah ini.Semoga penglibatan anda semua akan memberi impak yang positif kepada objektif yang dimaksudkan khususnya diKulaijaya dan Negeri Johor amnya .

Acara adalah mengikut ketetapan sebagaimana berikut:-

Tarikh- 19/10/2012

Pendaftaran - 7.00pm hingga 8.00pm

Perasmian dan pelepasan - 8.30 pm

Jarak kayuhan - 15 KM

Tamat -11.00 pm

Tempat - IPD Kulaijaya

Penyertaan : - PERCUMA -
--------------------------------------------------------------------------------
Apa yang menariknya untuk anda ?

1- T-Shirt program - Terhad kepada 150 rider pertama sahaja.
2. Makan dan Minum disediakan.
3. Hadiah Cabutan Bertuah disediakan.
--------------------------------------------------------------------------------- 
Kelab Berbasikal KBC mengingatkan : KECUAIAN YG MENGAKIBATKAN KECELAKAAN/KEMALANGAN ADALAH TANGGUNGAN SENDIRI namun keselamatan anda dijalan raya akan dijaga rapi oleh pihak Polis dijamin.

Cara mendaftar:

Hantarkan butiran diri anda ke email : kbckulaijaya@gmail.com

1. nama penuh
2. umur
3. saiz t-shirt
4.Nama Kelab
Kami dari Kelab Berbasikal KBC mengharapkan sokongan daripada anda untuk menjayakan program ini.

Wednesday 26 September 2012

KAYUHAN SEDEKAD SMK TAMAN PUTRI


BERSEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN YANG KE10 , PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK TAMAN PUTRI DENGAN KERJASAMA KELAB BERBASIKAN KBC AKAN  MENGANJURKAN SATU PROGRAM KAYUHAN YANG DI BERI NAMA "KAYUHAN SEDEKAD ". PROGRAM INI BERTUJUAN MENGUMPUL DANA BAGI TUJUAN MENAMPUNG PERBELANJAAN AKTIVITI -AKTIVITI PELAJAR DAN PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR .

UNTUK ITU ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN MENYERTAI PROGRAM KAYUHAN INI.SOKONGAN TUAN -TUAN AMAT DIHARAPKAN DAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

 Anda dijemput bersama untuk memeriahkan KAYUHAN SEDEKAD SMK TMN PUTRI . SUMBANGAN anda dalam bentuk kewangan bagi memertabatkan anak bangsa kita, amat dihargai.Keputusan anda menyumbang RM20.00 merupakan keputusan yang BIJAK DAN TERBAIK . Selain menyumbang anda semua turut dapat berkayuh beramai-ramai demi KESIHATAN kita semua.  

Jum kita kayuh sambil menderma demi KESIHATAN dan KEMAJUAN anak bangsa...

BERIKUT ADALAH KETETAPAN PROGRAM YANG DIRANCANG:-

NAMA PROGRAM : KAYUHAN SEDEKAD SMK TMN PUTRI

TEMPAT : SMK TAMAN PUTRI

 MAP : " KLIK SINI"

TARIKH : 04 NOVEMBER 2012

TRAIL : ON ROAD - 25KM

YURAN PENYERTAAN : RM20.00

PELEPASAN : 8.30 PAGI

UNTUK PENDAFTARAN :Borang Pendaftaran

 

 

Monday 24 September 2012

KAYUHAN JERAM KBC

Pada tanggal 23/9 seramai 41 orang ride telah menyertai kayuhan ini. 













Jom mandi di Jeram KBC ,
Distant 20km pergi dan balik,
Berkumpul di Petronas Pulai Perdana,
Kayuhan akan dimulakan dari Jalan Pulai Jaya 20,

PERINGATAN !
JERAM INI MASIH DALAM KEADAAN YG TIDAK TERUSIK , MOHON KERJASAMA RIDER AGAR BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN TEMPAT INI. HANYA TINGGALKAN KESAN TAPAK KAKI ANDA SEBAGAI KENANGAN. SEGALA PLASTIK ,SAMPAH SILA BWAK BALIK.

LEAVE NOTHING BUT ONLY YOUR FOOTSTEP


Persiapan.
Air secukupnya,At least 2 liter , masa balik boleh top up air jeram.
Air manis utk tenaga ( Glukos lg cantek )
Makanan ,coz bila dah mandi manda confirm lapor
Jenis2 makanan yg sesuai dibawa
* jemput2
*Roti Bun
*Roti prata
*Nuggets
*Sandwich
*Kurma ( utk tenaga )
*Sausage , kita boleh panggang tepi jeram , baru syok woo.
*Maggi kalau nk masak kat sana ,(sila bwak mess tin , bahan api akan disediakan )
*Nasi beriani Gam
*Nasi arab kambus kambing ( yg nasik2 ni , sila bwak utk makanan 20 org )

Peralatan
1.Tube spare kene bwak coz dlm ldg kelapa sawit.
2.Pam
3.Multi tool
4.Basikal
5.Camera

Aturcara :
7.00am : Berkumpul di Petronas Pulai Perdana.
7.30am : Bergerak ke Jalan Pulai Jaya 20.
8.00am : Tayar Golek
9.45am : Sampai di Jeram
!2 noon : Perjalanan kembali ke pangkal jalan
1.30pm : sampai dan bersurai.

Sunday 26 February 2012

KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL 2012

Bersempena sambutan Hari Belia peringkat Negri Johor , satu acara basikal akan dilaksanakan di Kulaijaya.Program tersebut dinamakan KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL 2012 atau dengan ringkasnya dipanggil KECC 2012.Kulaijaya Extreme Cycling Carnival 2012 merupakan program basikal yang di anjurkan bersama Kelab Berbasikal KBC ( KBC) bersama Kementrian Belia dan Sukan serta Pelancungan Malaysia.Berdasarkan sambutanyang baik pada tahun lepas , maka untuk tahun ini kami membawakan KECC 2012 dengan acara yang lebih menarik dan mencabar.

Semoga dengan acara-acara yang di bawakan tahun ini , akan lebih ramai peminat basikal dapat menyertai program KECC dengan acara yang bersesuaian dengan minat dan keupayaan mereka.




Berikut adalah ketetapan yang telah dibuat :-



ACARA-ACARA YANG DISEDIAKAN ( Sila "Klik" pada tajuk untuk keterangan lanjut)


1) KBC MOUNTAIN BIKE CHALLANGE -55km 


2 ) KBC METRIC CENTURY RIDE - 120km


3) JAMBOREE CAMP FIRE


4 ) FUN RIDE / FIXCEE


PENDAFTARAN TELAH DI BUKA , SILA DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN ANDA DISINI............SEMOGA BERJUMPA KITA NANTI.


BORANG PENDAFTARAN


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
BERIKUT ADALAH SEDUTAN VIDEO KECC 2011 YANG LEPAS......